Keselamatan Perlindungan - Dokumen

Ramai orang tidak faham maksud perkataan SULIT. Oleh kerana itu semua perkara yang di rasa sensitif akan diklasifikasikan sebagai SULIT. Saya MOHON nak buat pembetulan. SULIT bermaksud CONFIDENTIAL ....dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya SULIT ini diguna untuk semua hal berkaitan personnel. Ia terbahagi kepada dua perkara, SULIT DARIHAL ANGGOTA dan SULIT DARIHAL PERUBATAN

Semua fail atau dokumen perubatan adalah SULIT. Ini semua orang tahu. Apa aspek anggota yang jadi sulit? Aspek pertukaran, sokongan naik pangkat, tatatertib, siasatan, suspek, atau apa saja yang boleh mengaibkan, atau jika tersebar boleh jadi isu. CONTOHnya, Puan Nora dicalun untuk naik pangkat dan perkara ini tersebar. Tiba2 orang lain yang naik pangkat. Tetulah akan jadi isu. Jadi saya minta semua kakitangan kerajaan, elakkan guna perkataan SULIT untuk semua perkara. 

Gunakan RAHSIA atau RAHSIA BESAR. kalau kurang sensitif, guna TERHAD. Apa apa rujuk kepada Arahan Keselamatan. Selesai bab mengklasifikasi maklumat.

BAB PENYIMPANAN DAN HANDLING
Siapa yg sepatutnya boleh memproses dan memegang dokumen tersebut? Penghantar surat pun boleh ker?

Sepatutnya, semua perkara rahsia atau sulit di handle oleh Setiausaha, Kerani bos dan Ketua Kerani serta beberapa orang kerani yang boleh dipercayai sahaja. Pejabat mereka ini tidak boleh dimasuki oleh sebarang orang, atau mereka ditempatkan ditempat khas.

Cuba tenguk dlm TV atau wayang. Bila ada pusat operasi tertentu, hanya orang tertentu sahaja yg dibenar masuk.

Popular posts from this blog

FINAL EXAM TIPS MANAGEMENT PRINCIPLES [BBPP 1103]

OUM Tutor